Kenali Kami

Membentuk Masa Hadapan Budaya Ummah Lestari

ITUS ialah sebuah inisiatif ummah yang menggabungkan teknologi tenaga lestari dengan nilai Islam dan budaya tempatan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Falsafah Kami

Tenaga yang Menjana Kemandirian Ummah

Setiap masjid, surau dan institusi pendidikan Islam seharusnya memberi tumpuan kepada ibadah, pendidikan dan pembangunan masyarakat, bukannya terus dibebani kos utiliti yang semakin meningkat.

ITUS percaya bahawa tenaga solar bukan sekadar teknologi tatapi satu pelaburan jangka panjang yang membantu institusi Islam berdikari, mengurangkan kos operasi dan mengembalikan lebih banyak dana kepada manfaat ummah.

Gerakan Tenaga Ummah

Menerajui Penyelesaian Tenaga Lestari untuk Institusi Islam

ITUS menyediakan penyelesaian tenaga solar yang inovatif dan mampan dengan pendekatan profesional, telus dan berimpak tinggi.

01

02

03

Perancangan Strategik

Penyelesaian Tenaga Lestari

Kolaborasi Ummah

Setiap projek dimulakan dengan kajian keperluan, analisa penggunaan tenaga dan perancangan teliti.

Kami menyediakan sistem solar yang direka khas mengikut keperluan institusi dengan teknologi berkualiti.

ITUS menghubungkan masyarakat, penyumbang, syarikat korporat dan institusi Islam untuk merealisasikan projek solar yang memberi manfaat.

Bersama Membina Institusi Islam yang Berdikari dan Lestari

Setiap kerjasama membuka ruang kepada lebih banyak institusi Islam menikmati tenaga lestari, mengurangkan kos operasi dan menyalurkan lebih banyak dana kepada pendidikan, dakwah serta kebajikan masyarakat.