INISIATIF TENAGA UMMAH (ITUS)

Membangunkan Ekosistem Tenaga Ummah di Seluruh Malaysia

Membantu masjid, surau, maahad tahfiz dan institusi Islam di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mengurangkan kos operasi melalui penyelesaian tenaga solar yang mampan. Setiap pemasangan bukan sekadar penjimatan elektrik, tetapi pelaburan jangka panjang untuk pembangunan ummah

Matlamat ITUS

Membina Kemandirian Institusi Islam Melalui Tenaga Solar

Penjimatan Kos

Mengurangkan bil elektrik bulanan secara signifikan.

Operasi Stabil

Memastikan aktiviti ibadah dan pembelajaran berjalan tanpa ganguan.

Menggunakan sumber Tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam.

Tenaga Lestari

ITUS ialah sebuah inisiatif nasional yang membantu institusi Islam mengurangkan beban kos elektrik dan memastikan operasi berjalan dengan lebih stabil melalui pemasangan sistem tenaga solar.

Dengan pendekatan yang menggabungkan teknologi, wakaf, CSR dan pembangunan komuniti, ITUS berusaha mengurangkan beban kos utiliti supaya lebih banyak dana dapat disalurkan kepada pendidikan, kebajikan dan aktiviti dakwah

Projek Semasa

Setiap projek ITUS dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan kualiti terbaik dan memberi manfaat jangka panjang kepada institusi Islam dan komuniti

Masjid Hj Hud

Pemasangan sistem solar bagi mengurangkan kos utiliti dan memastikan operasi masjid lebih efisien dan mampan

Masjid Kompleks Islam Darul Faizin

Mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui sistem solar bagi menyokong aktiviti pendidikan dan kebajikan

Dalam Perancangan

ITUS melaksanakan projek di seluruh Malaysia melalui kerjasama bersama institusi Islam, badan korporat, agensi kerajaan, NGO dan para penyumbang.

4+ PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Fokus kepada pusat pengajian yang memberi manfaat kepada masyarakat teramai

50+ MASJID

Merangkumi seluruh Malaysia

Setiap Panel Solar Membina Masa Depan Ummah

Mari bersama membantu masjid, surau dan institusi pendidikan Islam mengurangkan kos operasi melalui tenaga solar yang mampan